Orang ramai mematuhi arahan mengenakan pelitup muka selepas kerajaan mewajibkan penggunaannya di tempat awam bagi mengawal penularan Covid-19 ketika tinjauan di sekitar Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Covid-19: Selangor terus kekal tiada kes penularan tempatan

SHAH ALAM, 19 SEPT: Selangor mengekalkan sifar kes penularan tempatan Covid-19 buat kali ke-71 sejak 18 Mac lalu, menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS).

Agensi itu memaklumkan hanya satu kes baharu dicatatkan hari ini melibatkan jangkitan import menjadikan keseluruhan kes sebanyak 2,206.

“Kes baharu ini ialah pengembara warga tempatan yang pulang dari New Zealand. Tiada kes discaj dan kematian dilaporkan,” katanya.

Sementara itu, Sepang masih diklasifikasikan sebagai zon kuning susulan satu kes aktif dikesan.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini memaklumkan 20 kes baharu melibatkan 17 kes penularan tempatan dan tiga kes import menjadikan jumlah keseluruhan 10,167.

Pesakit pulih dalam negara pula seramai 51 orang manakala angka kematian bertambah kepada 130 iaitu seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 82 tahun di Kedah.


Pengarang :