EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) Dan Hal Ehwal Pengguna, Tuan Hee Loy Sian meninjau kakitangan Luas mengambil contoh air Sungai Semenyih selepas sidang media berkenaan pencemaran bau di Sungai Semenyih dan henti tugas LRA Semenyih dan Bukit Tampoi, Dengkil pada 5 Oktober 2020. Foto REMY ARIFIN/ SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Denda pencemaran sumber air akan dipinda

SHAH ALAM, 30 OKT: Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (Luas) 1999 dipinda untuk meningkatkan bayaran denda bagi kesalahan pencemaran sumber air, bertujuan mengelak insiden sama berulang pada masa hadapan.

Dato’ Menteri Besar berkata Luas akan menguatkuasakan pelepasan efluen berdasarkan keupayaan kapasiti sungai iaitu aplikasi jumlah beban harian maksimum (TMDL) di kawasan ditetapkan.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan tindakan itu selaras Seksyen 56, Enakmen Luas 1999 dan prinsip pencemar membayar (polluters pay principle).

“Cadangan pindaan Enakmen Luas akan diangkat untuk mendapatkan persetujuan di dalam persidangan dewan negeri,” katanya dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2021 hari ini.


Pengarang :