Pasukan pesawat Jupiter ketika melakukan pertunjukan udara pada pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 edisi ke-15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) pada 27 Mac 2019. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Pameran Penerbangan Selangor 2021 lonjak sektor aeroangkasa

SHAH ALAM, 30 OKT: Pameran Penerbangan Selangor 2021 akan dianjurkan untuk mengalakkan pertumbuhan sektor aeroangkasa dan menyediakan platform kepada syarikat tempatan serta usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) meneroka bidang itu.

Dato’ Menteri Besar berkata Pelan Tindakan Aeroangkasa Selangor mengenal pasti aktiviti perniagaan dan penerbangan umum (general aviation) yang bertepatan untuk membantu pertumbuhan segmen itu di Subang.

“Sektor ini mendapat permintaan ekoran pandemik Covid-19 yang membataskan penerbangan komersial. Peruntukan sebanyak RM2 juta akan disediakan.

“Penganjuran acara ini juga merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dalam menyediakan platform bagi syarikat tempatan dan IKS mempromosikan produk serta perkhidmatan.

“Melalui penganjuran ini, syarikat akan dapat meneroka peluang pelaburan dalam pelbagai cabang aktiviti,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2021 di sini.


Pengarang :