AGENSISELANGOR

e-Sukan dapat dana RM3 juta, tersenarai agenda pendigitalan

SHAH ALAM, 30 OKT: Kerajaan Negeri memperuntuk RM3 juta bagi mengembangkan bidang e-sukan sebagai sebahagian agenda pendigitalan tahun hadapan.

Dato’ Menteri Besar berkata inisiatif yang menyasar belia berupaya memangkin ekosistem e-sukan dengan penganjuran kejohanan amatur.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ia turut meliputi pemberian latihan dan bimbingan untuk golongan muda memasuki industri tersebut.

“Selangor meneraju e-sukan sebagai negeri pertama yang menganjurkan Permainan Siber Selangor (SCG), termasuk versi duduk di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menerima sambutan mengalakkan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2021 di sini hari ini.

Sebelum ini, penganjuran SCG 2020 edisi Piala Duduk Rumah berjaya mengutip RM36,488 yang dimenangi NED Brotherhood bagi kategori PUBG Mobile dan Team Bosskurr untuk kategori Mobile Legend Bang Bang.


Pengarang :