Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua, kanan) memotong riben sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2019 pada 10 Oktober 2019. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

RM11 juta anjur sidang kemuncak perniagaan antarabangsa 2021

SHAH ALAM, 30 OKT: Sebanyak RM11 juta diperuntuk untuk menganjurkan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2021 (SIBS) bagi mempromosikan negeri ini sebagai hab perdagangan global di rantau Asia Tenggara.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sidang dianjurkan Invest Selangor akan memberi peluang kepada syarikat tempatan dan asing mempamerkan produk serta perkhidmatan selain menjalinkan kerjasama perniagaan.

Katanya, Kerajaan Negeri turut merangka tiga strategi lain untuk merancakkan aktiviti ekonomi dan pelaburan iaitu:

1. Menubuhkan gerbang perniagaan maya, Hab Perniagaan Selangor sebagai alternatif promosi pelaburan dan perindustrian berikutan penularan Covid-19 menerusi portal promosi pelaburan

2. SIBS virtual yang bakal menghimpunkan empat program utama SIBS, webinar dan sesi pemadanan perniagaan

3. Hab Perniagaan Halal Selangor yang dibangunkan melalui Pelan Tindakan Halal Selangor untuk membantu usahawan negeri ini mendapat sijil halal bagi produk mereka


Pengarang :