Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyampaikan statistik jangkitan pada sidang media perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Putrajaya pada 3 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Selangor catat 247 kes baharu Covid-19, tertinggi setakat ini

SHAH ALAM, 7 NOV: Sebanyak 247 kes harian Covid-19 dilaporkan di Selangor, tertinggi setakat hari ini.

Ketua pengarah kesihatan berkata 154 kes dikesan dari kluster sedia ada termasuk 68 dari kluster baharu.

“65 kes dicatatkan dari saringan kontak rapat manakala 28 kes dari lain-lain saringan.

“Semua kes adalah jangkitan tempatan. Hari ini sebanyak 41 kes disahkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.

Sebelum ini bilangan tertinggi dicatatkan negeri ini adalah 231 kes dilaporkan 4 November lalu.


Pengarang :