Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 16 Februari 2021. Foto: BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

5,320 pesakit Covid-19 sembuh, 25 kematian

SHAH ALAM, 18 FEB: Bilangan kes sembuh Covid-19 terus mengatasi kes positif baharu apabila 5,320 pesakit sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 235,082, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu Covid-19 turun sedikit apabila 2,712 kes direkodkan hari ini berbanding 2,998 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 274,875 kes.

Katanya jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 38,763 kes.

“Sebanyak 25 kematian direkodkan akibat wabak itu menjadikan keseluruhan korban adalah 1,030,” katanya pada kenyataan media.

Beliau berkata terdapat 227 pesakit Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 103 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

 

 


Pengarang :