SHAH ALAM, 18 FEB: Kerajaan Negeri akan memutuskan pakej data internet yang bakal diberikan kepada penerima kad SIM Selangor pada minggu depan.
Dato’ Menteri Besar berkata pihaknya memerlukan sedikit masa untuk membuat keputusan demi memastikan data yang digunakan mencukupi untuk kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
“Kita kena cari nilai terbaik serta kadar data internet yang sesuai, tiada guna ambil pakej murah tetapi penggunaannya mengecewakan.
“Saya lihat proses PdPR memerlukan murid melibatkan penggunaan video selain perlu mengakses pelbagai platform pendidikan,” katanya.
Dato’ Seri Amirudin Shari berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Simbolik Penyerahan Dana Bantuan Bakul Makanan di Kediaman Rasmi Menteri Besar hari ini.
Pada 24 Januari, Dato’ Menteri Besar berkata sebanyak 40,000 kad SIM Selangor akan diagihkan kepada masyarakat luar bandar pada Mac depan.
Amirudin berkata pihaknya dalam proses perbicangan dengan syarikat telekomunikasi mengenai pakej internet sebelum proses agihan dilakukan.
Bantuan melalui program Rakan Digital itu dihadkan untuk pembelajaran dan perniagaan sahaja