Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika mengadakan sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 6 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Selangor catat 1,481 kes jangkitan Covid-19, satu kematian

SHAH ALAM, 6 FEB: Sebanyak 1,481 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini di Selangor dengan semuanya merupakan jangkitan tempatan, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu melibatkan 38.5 peratus daripada keseluruhan 3,847 kes dalam negara.

“Sebanyak 258 kes dikesan dari kluster sedia ada termasuk 194 kes melibatkan lima kluster baharu iaitu kluster Industri Kampung Baru, Jalan Banting-Klang, Gudang Salak Tinggi, Jalan Kuala Selangor dan Lingkaran Cyber.

“Kes banyak disumbangkan hasil pengesanan kontak rapat dengan 858 jangkitan selain 364 kes dari lain-lain saringan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat satu kematian di negeri ini membabitkan lelaki warga tempatan berusia 75 tahun.

“Kes ke-207,038 itu menghidap penyakit kencing manis dan kanser. Dia disahkan meninggal di Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam,” katanya.


Pengarang :