Ketua Operasi Agihan Daerah Kuala Selangor, Huzairi Ibrahim menyerahkan bantuan kepada seorang asnaf di Tanjung Karang pada 19 Mac 2021. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSISELANGOR

LZS santuni empat penerima zakat, erat hubungan

SHAH ALAM, 20 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni empat keluarga asnaf di Tanjung Karang dengan menyumbang beberapa keperluan semalam.

Agensi berkata kunjungan diketua Ketua Operasi Agihan Daerah Kuala Selangor, Huzairi Ibrahim juga bertujuan mengeratkan hubungan kakitangan bersama asnaf.

“Cara ini memudahkan kami memantau lebih dekat keberkesanan bantuan diberi selain dapat melihat keperluan lain dari semasa ke semasa,” katanya melalui Facebook.

Dalam kunjungan terbabit, empat keluarga berkenaan diberikan bantuan makanan asas seperti beras, gula dan minyak masak.

“Penerima ini merupakan asnaf yang dibantu dari segi kewangan, makanan, pendidikan, perubatan serta sewa rumah,” katanya.


Pengarang :