Dato’ Seri Amirudin Shari melihat demonstrasi memanah dari wakil Persatuan Anak Muda Lembah Jaya ketika Majlis Makan Malam Dan Penyerahan Sumbangan Persatuan Anak Muda DUN Lembah Jaya di Bukit Belacan, Ampang pada 6 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Persatuan belia disaran pelbagaikan aktiviti jana pendapatan

AMPANG, 7 MAC: Persatuan belia di Selangor disaran mempelbagaikan aktiviti yang menjana pendapatan bukan hanya menumpukan program sosial sahaja, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata belia perlu berfikir lebih kreatif menerusi kerjasama pelbagai pihak antaranya pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sukarelawan Team Selangor yang akan membimbing mereka.

“Persatuan belia jangan hanya berkumpul untuk susun program sosial, mereka perlu juga berbincang cara untuk menjana pendapatan.

“Kerajaan Negeri amat menggalakkan pertanian moden, jadi belia perlu menyahut seruan ini,” katanya berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Persatuan Anak Muda DUN Lembah Jaya malam tadi.

Beliau turut meluang masa melakukan menonton perlawanan Liga Super musim 2021 antara Selangor FC dan Sri Pahang yang dimenangi Red Giants 3-1.


Pengarang :