SHAH ALAM, 19 MAC: Tiga kluster baharu Covid-19 dikesan di Selangor hari ini, semua membabitkan tempat kerja, kata ketua pengarah kesihatan.
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster Persiaran Hemisfera di Petaling dan Klang melaporkan 13 kes pada 22 Februari hasil saringan bersasar pekerja kilang.
Menurutnya, kes kluster Tapak Bina Persiaran Cybersouth di Sepang dikesan kelmarin hasil saringan bersasar pekerja tapak binaan dengan 10 individu dikesan positif.
“Kes kluster Bandar Baru di Petaling dan Hulu Selangor pula dilapor positif pada 28 Februari hasil saringan bersasar pekerja sebuah kilang di Bandar Baru Sungai Buloh.
“Seramai 686 individu disaring dan 50 daripadanya positif,” kata Dr Noor Hisham menambah sebanyak 1,288 kluster dilaporkan setakat ini dengan 861 kluster tamat.
Perincian sembilan kluster dalam negara seperti berikut:
1. Kluster Sungai Berumbung – Kluster tempat kerja di Kluang, Johor
2. Kluster Lorong Usaha Utama – Kluster tempat kerja di Kulai dan Johor Bahru, Johor
3. Kluster Jalan Dahlia 22 – Kluster tempat kerja di Johor Bahru, Johor
4. Kluster Jalan Industri Sofa – Kluster tempat kerja di Tangkak, Johor
5. Kluster Jalan Besar Kepong – Kluster tempat kerja di Kepong, Kuala Lumpur
6. Kluster Jalan Daun – Kluster tempat kerja di Kepong, Kuala Lumpur
7. Kluster Lorong Nibong – Kluster tempat kerja di Titiwangsa dan Cheras, Kuala Lumpur
8. Kluster DTI Juru – Kluster pusat tahanan di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang
9. Kluster DTI Jalan Duta – Kluster pusat tahanan di Kepong, Kuala Lumpur