Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Orang Ramai Kampung Baru Balakong, Cheras pada 8 Mei 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: Petaling catat kes harian tertinggi

SHAH ALAM, 20 MEI: Sebanyak 40 peratus jangkitan baharu Covid-19 di Selangor dilaporkan di Petaling dengan 914 kes, menurut data Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Jumlah di daerah itu melibatkan mukim Petaling (405), Damansara (243), Sungai Buloh (182) dan Bukit Raja (84).

Diikuti Hulu Langat dengan 398 kes iaitu Ampang (146), Kajang (108), Cheras (83), Semenyih (39), Hulu Langat (17) dan Beranang (lima).

“Klang mencatatkan 388 kes iaitu Klang (326) dan Kapar (62). Sebanyak 239 jangkitan baharu di Gombak melibatkan Batu (121), Hulu Kelang (42), Kuang dan Rawang (41) dan Setapak (13),” katanya menerusi Facebook.

Jabatan berkata lima lagi daerah melaporkan kes kurang dari 100 iaitu Sepang (82), Hulu Selangor (65), Kuala Selangor (63), Kuala Langat (54) dan Sabak Bernam (24).

“Semua kes hari ini merupakan penularan tempatan termasuk 50 dikesan dari penjara,” katanya.

Selangor terus merekodkan jangkitan Covid-19 tertinggi apabila 2,277 kes dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan 161,584 kes selain pertambahan 10 kematian.


Pengarang :