Pengguna tren Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) menunggu giliran untuk menaiki pengangkutan awam itu ke destinasi masing-masing ketika tinjauan di Stesen LRT Pasar Seni pada 25 Mei 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Pengguna MRT, bas Rapid KL disaran buat ujian Covid-19

KUALA LUMPUR, 5 JUN: Penumpang yang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kelana Jaya pada waktu puncak pagi dan petang 1 Jun serta waktu puncak petang 3 Jun lepas disaran untuk menjalani ujian saringan Covid-19 susulan seorang penumpang disahkan positif Covid-19.

Prasarana dalam satu kenyataan hari ini memberitahu Unit Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL telah menerima mesej daripada seorang penumpang wanita yang memaklumkan beliau disahkan positif Covid-19 pada lewat petang 3 Jun.

Menurut kenyataan itu, wanita berkenaan turut berkongsi maklumat daripada Mysejahtera untuk pengesahan perjalanan beliau pada dua hari berkenaan seperti berikut:

Tarikh: 1 Jun
Masa perjalanan: 10.10 pagi (LRT Stesen Universiti ke Stesen Abdullah Hukum)

Tarikh: 1 Jun
Masa perjalanan: 5:23 petang (LRT Stesen Abdullah Hukum ke Stesen Universiti)

Tarikh: 3 Jun
Masa perjalanan: 9 pagi – Bas Rapid KL (WUW 4149) dari Stesen Universiti ke Midvalley

Tarikh: 3 Jun
Masa perjalanan: 5.15 petang (LRT Stesen Abdullah Hukum ke Stesen Universiti)

– BERNAMA

 


Pengarang :