Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap dalam sidang media ketika program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) di Dewan Rakyat Batu Caves, Gombak pada 21 Ogos 2021. Foto RADIN WAZIR
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Rasuah: Selangor bukan negeri tertinggi, trend tangkapan menurun

SHAH ALAM, 30 SEPT: Selangor mencatat penurunan daripada segi tangkapan dan pertuduhan berkaitan rasuah sejak lima tahun lalu, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata berdasarkan jumlah direkodkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), negeri ini tidak boleh dianggap tertinggi kerana hanya 43 tangkapan dilakukan setakat Ogos lalu berbanding 79 pada 2016.

“Jika dilihat daripada angka ini, Selangor bukan tetapi negeri di timur Malaysia mencatat angka tertinggi. Malah, jika lihat daripada peratusan penduduk, kepadatan dan kepesatan ekonominya peratusan ini tidak boleh dianggap Selangor sebagai lubuk rasuah.

“Mungkin sensasi berita dan sebagainya menjadi persepsi serta ditimbulkan. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan tangkapan dan siasatan lebih baik kepada pelaku rasuah sekiranya didapati bersalah tetapi perlu bersikap adil untuk beri peluang mereka membela diri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam siaran langsung Wacana Betul Ke Selangor Lubuk Rasuah malam ini.

Mengulas lanjut, Amirudin menjelaskan beliau memandang positif kepekaan dan keprihatinan masyarakat terhadap isu tersebut yang semakin meningkat sehingga membuat laporan hingga membawa kepada tangkapan serta dakwaan.

“Ini menarik dan tersentuh di hati saya kerana pada 90an rasuah dianggap lumrah. Saya percaya kesedaran dan perubahan positif ini perlu dituruti dengan tindakan serta langkah seperti Ikrar Bebas Rasuah dan penubuhan Jabatan Integriti dan Risiko di MBI yang ditubuhkan pada 2020.

“Rasuah masih berlaku tetapi kalau rakyat lihat keseluruhan sebagai pandemik dan mengambil langkah betul daripada sistem pemberian hadiah, pemantauan, audit serta penguatkuasaan ia dapat ditangani dan dikurangkan,” katanya.


Pengarang :