Pemantauan udara situasi banjir di sekitar Unisel dan sebahagian pekan Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 20 Disember 2021. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kuala Selangor
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Air makin naik, lapan pusat pemindahan dibuka di Kuala Selangor

SHAH ALAM, 20 DIS: Sebanyak lapan pusat pemindahan sementara dibuka bagi menempatkan mangsa banjir sekitar Kuala Selangor setakat jam 10.35 pagi ini.

Dato Menteri Besar Dato’ Amirudin Shari berkata Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor bersama semua agensi lain giat menjalankan proses perpindahan penduduk.

“Kawasan Kuala Selangor menunjukkan pola peningkatan air setakat ini, lapan pusat perpindahan dibuka,” katanya menerusi Twitter hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli  melalui Twitter berkata bilangan mangsa di daerah itu yang telah dipindahkan mencecah 2,000 org setakat jam 11.35 pagi.

Beliau menjelaskan Kampung Tanjung Siam dan Kampung Asahan serta sebahagian Kampung Bukit Kuching turut banjir dan pemindahan mangsa sedang giat dijalankan.

Juwairiya juga meminta mangsa banjir menghubungi Bilik Gerakan Bencana Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor untuk sebarang bantuan melalui talian 03-3289 7632.

 


Pengarang :