Pengunjung membeli daging ketika tinjauan Media Selangor semasa program jualan murah di Tapak Pasar Malam Berjaya Park, Shah Alam pada 25 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Penduduk mahu ke jualan murah lagi, beli keperluan raya

SHAH ALAM, 26 APRIL: Seorang suri rumah berhasrat datang semula ke jualan murah barangan asas yang diadakan secara besar-besaran bagi mendapatkan bekalan daging.

Zaiton Yun,60, berkata beliau datang ke tapak Pasar Malam Berjaya Park Seksyen 32 bersama anak lelakinya untuk membeli keperluan Ramadan.

“Namun saya melihat harga ditawarkan amat murah berbanding di pasaran. Contohnya daging pejal harga di pasaran RM42 tetapi di jualan murah hanya RM30.

Zaiton Yub, 60

“Saya bercadang mahu pergi lagi dalam masa terdekat untuk beli lauk pada Aidilfitri nanti,” katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu, Azizi Abd Wahab,29, berkata beliau datang ke jualan murah membeli daging pejal untuk Aidilfitri nanti.

“Saya beli keperluan awal untuk elak bersesak di program jualan kerana harga ditawarkan murah dan membantu masyarakat kurangkan kos kehidupan terutama hendak raya,” katanya.

Jualan Prihatin Rakyat sempena Aidilfitri menawarkan 23,200 ayam segar, 23,200kg daging pejal, tulang lembu (16,700kg), telur ayam gred B (18,200 papan), minyak masak paket (25,200 kg) serta 1,500kg ikan selayang dan kembung (QFish).

Inisiatif itu membabitkan kerjasama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Selangor dan Kohijrah.


Pengarang :