Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan air laut turut bergelora. Foto BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Ribut petir, hujan dijangka landa tiga daerah di Selangor petang ini

SHAH ALAM, 20 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat, Selangor sehingga 4 petang ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama dijangka berlaku di seluruh Pulau Pinang serta Kedah melibatkan Langkawi, Kulim dan Bandar Baharu.

Manakala Perak di Kerian, Larut, Matang dan Selama,Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim; Kelantan (Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Kuantan, Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah) serta Johor (Mersing dan Kota Tinggi).

Di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belut), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahat Datu), Sandakan dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :