Petugas Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) melakukan kerja pembaikan paip pecah di Jalan Seruling 59, Taman Seri Andalas, Klang pada 20 Disember 2020. Foto Facebook Air Selangor
AGENDANASIONAL

Air Selangor ganti 150km paip setahun, pastikan bekalan air bersih dan selamat

SHAH ALAM, 23 MEI: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) melakukan penggantian paip air sepanjang 150 kilometer (km) setahun bagi memenuhi permintaan terhadap bekalan air terawat.

Usaha itu juga bagi memastikan 8.4 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mendapat bekalan air yang bersih dan selamat.

“Air Selangor memastikan jajaran paip sepanjang 30,076km sentiasa dalam keadaan optimum.

“Kami membuat pertumbuhan yang progresif dengan menyasarkan penggantian paip lama dan rosak sepanjang 150 km setiap tahun bagi membolehkan pengguna menikmati setiap titis bermakna, setiap hari,” katanya di Facebook.

Januari lalu, sebanyak 1,562 kerja penyelenggaraan berjadual dilakukan Air Selangor sepanjang 2021.

Air Selangor memaklumkan langkah itu bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan terbaik selain air yang diperoleh bersih dan selamat.

Selain lebih 800 km paip telah diganti Air Selangor sejak 2016 bagi memastikan kelestarian air di masa depan.


Pengarang :