Pengunjung berpeluang mendapatkan sayur-sayuran, buah-buahan dan pelbagai jenis ikan segar pada harga berpatutan di Pasar Agro PKPS Prihatin, Seksyen 7, Shah Alam pada 29 Ogos. Foto HAFIZ OTHMAN
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: Jelajah Agro Selangor bermula di Shah Alam Khamis ini

SHAH ALAM, 23 MEI: Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Tetap Pertanian, Perladangan dan Industri Asas Tani bakal menganjurkan Jelajah Agro Selangor bermula Khamis ini.

Bertempat di Central I-City di sini, pengerusinya, Ir Izham Hashim berkata program berlangsung selama empat hari sehingga Sabtu.

“Pelbagai aktiviti menarik akan berlangsung di Jelajah Agro Selangor ini, antaranya pameran pertanian pintar, sesi soal jawab pertanian, jualan segar dan lain-lain lagi,” katanya di Facebook.

Beliau berkata program bermula jam 10 pagi hingga 10 malam itu juga akan diadakan di beberapa lokasi lain selepas ini.

“Insya-Allah selepas di Shah Alam, Jelajah Agro Selangor akan diteruskan di daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor pula,” katanya.

Perasmian jelajah itu akan berlangsung pada Jumaat jam 8 malam.


Pengarang :