AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Daftar e-bil Air Selangor dan berpeluang menang Proton X50

SHAH ALAM, 8 JUN: Pengguna Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor)berpeluang memenangi hadiah kereta Proton X50 dengan mendaftar e-bil Air Selangor bermula 10 Mei hingga 30 November ini.

Pengurusan Air Selangor memaklumkan pelanggan hanya perlu melengkapkan pendaftaran melalui https://update.airselangor.com/ dan mengisi butiran seperti nama, alamat dan nombor akaun bekalan air.

Menerusi perkongsian di Facebook, agensi memaklumkan pelanggan perlu membayar bil air setiap bulan dan memastikan tiada bil tertunggak sepanjang tempoh pertandingan.

Pelanggan yang selesai mendaftar e-bil akan menerima kod rujukan dari Air Selangor dan perlu berkongsi kod rujukan berkenaan kepada keluarga dan kenalan.

Mereka yang mempunyai kod rujukan paling banyak digunakan akan berpeluang menjadi pemenang. Maklumat lanjut boleh layari http://taptap.airselangor.com/ .


Pengarang :