AGENSIPBTSELANGOR

Hijrah, MDSB anjur kursus rancang perniagaan di Sabak Bernam minggu depan

SHAH ALAM, 10 JUN: Majlis Daerah Sabak Bernam menganjurkan kursus penyediaan perancangan perniagaan di Sungai Besar minggu hadapan bagi membantu usahawan memperluaskan perniagaan.

Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) memaklumkan pihaknya turut bekerjasama menjayakan program berkenaan dan mengutamakan penyertaan usahawan baharu.

“Program berlangsung pada 18 Jun di Dewan Seri Bernam dari jam 8.30 pagi hingga 1 tengah hari. Peserta perlu membayar yuran pendaftaran RM20 dan mendaftar di pautan shorturl.at/avwB0.

“Program melibatkan ilmu dan maklumat berkenaan penyediaan rancangan perniagaan, taklimat pembiayaan niaga dan pemasaran digital,” kata agensi menerusi Facebook hari ini.

Hijrah merupakan anak syarikat Kerajaan Selangor yang menawarkan pelbagai insentif dan program bagi membantu usahawan negeri ini berkembang maju.

Antaranya menerusi Belanjawan Selangor 2022, beberapa penambahbaikan diumumkan termasuk dana RM120 juta untuk pembiayaan kepada usahawan.

Kerajaan Negeri turut mewujudkan skim pembiayaan i-Agro kepada 2,000 usahawan tani dengan pembiayaan maksimum RM26,000, membina Dataran Hijrah, meningkatkan pinjaman dari RM5,000 kepada RM10,000 untuk program Zero to Hero.


Pengarang :