KUALA LUMPUR, 16 JUN: Dato’ Menteri Besar merakam ucapan tahniah ke1spada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang menerima keputusan hari ini.
Dato’ Seri Amirudin Shari juga meminta semua pelajar terutama di Selangor untuk terus belajar demi membina diri selepas ini.
“Tahniah diucapkan kepada semua pelajar SPM 2021 yang menerima keputusan hari ini. Terus belajar sepanjang kehidupan demi membina diri.
“Terima kasih juga para pendidik dan ibu bapa yang berjasa mendidik anak bangsa kita,” katanya di Twitter.
Seramai 9,696 calon SPM 2021 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran, umum ketua pengarah pendidikan hari ini.
Datuk Nor Zamani Abdol Hamid berkata Gred Purata Nasional (GPN) yang dicatatkan bagi SPM 2021 adalah 4.86.