ADNSELANGOR

Pemeriksaan mata percuma DUN Permatang di Tanjung Karang, Ahad ini

SHAH ALAM, 10 JUN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang menganjurkan program pemeriksaan mata secara percuma Ahad ini.

Menurut wakil rakyatnya program itu diadakan bemrula jam 9 pagi hingga 3 petang di Dewan Orang Ramai Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjung Karang.

“Saya mengalu-alukan penyertaan orang awam terutama pengundi di DUN Permatang untuk mengambil peluang membuat pemeriksaan mata ini.

“Menariknya, 50 peserta terawal berpeluang menerima cermin mata percuma tertakluk pada terma dan syarat,” kata Rozana Zainal Abidin.

Antara syarat untuk mendapat cermin mata percuma adalah peserta wajib menyertai Program Selangor Saring 2022 dan mereka pengundi di DUN Permatang.

Selain itu, cermin juga boleh dinaik taraf dengan harga subsidi mengikut keperluan penerima dan mereka akan menerima cermin mata itu selewat-lewatnya dua minggu selepas program.

Peserta boleh mendaftar menerusi https://forms.gle/x8GWK6hjGwKrzj1g9 manakala untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi Faten di talian 010-557 3736.


Pengarang :