Orang ramai melawat gerai usahawan tempatan ketika Program Jualan Pasaraya Ekspo Antarabangsa Selangor (SIE) Makanan dan Minuman (F&B) anjuran Invest Selangor di Pasaraya ST Rosyam, Shah Alam pada 4 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Produk usahawan program jualan pasar raya di ST Rosyam dapat sambutan

SHAH ALAM, 5 JUN: Produk-produk usahawan ditempatkan di ST Rosyam Seksyen 9 di sini terus mendapat sambutan ramai, kata pengarah urusan Sri Ternak.

Dato’ Raymond Ho berkata pihaknya dimaklumkan usahawan terlibat dalam Program Jualan Pasaraya Ekspo Antarabangsa Selangor (SIE) Makanan dan Minuman (F&B) memperoleh jualan semakin meningkat.

“Maklum balas diterima daripada pelanggan amat baik dan mereka meminta kita mengekalkan produk usahawan ini dalam pasar raya bagi memudahkan mendapat bekalan.

“Usaha Invest Selangor menganjurkan program seperti ini bagus kerana boleh menjadi platform usahawan memperkenalkan produk dengan lebih meluas,” katanya kepada SelangorKini.

Pengarah Urusan Sri Ternak, Dato’
Raymond Ho. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Tambahnya, pihaknya juga bercadang untuk menambah lagi beberapa produk usahawan yang sertai ekspo pada masa akan datang.

Program Jualan Pasaraya berlangsung selama 10 hari sehingga hari ini membawa pelbagai produk daripada 15 usahawan antaranya bahan masakan kisar seperti cili dan bawang, sambal hijau dan teh herba daun kelapa sawit.

Selain SIE F&B, program dianjurkan sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2022 menampilkan lima acara lain iaitu Ekspo Antarabangsa Selangor (Perubatan) dan Ekspo Taman Perindustrian Selangor.

Turut diketengahkan Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor; Ekspo Penyelidikan dan Pembangunan serta Inovasi Selangor dan Persidangan Perniagaan Asia.


Pengarang :