Sasterawan Negara Prof Emeritus Dr Muhamad Haji Saleh berbicara ketika Program Hati dan Minda Sasterawan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 4 Jun 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Peraduan tokoh, sejarah asal usul tempat pupuk minat anak muda kembali membaca

KUALA LUMPUR, 5 JUN: Peraduan mencari tokoh dan sejarah asal usul tempat perlu diadakan bagi memupuk minat menulis serta membaca dalam kalangan generasi muda.

Sasterawan Negara, Prof Emeritus Dr Muhamad Haji Saleh berkata jika perkara itu dititik berat ia dapat mendidik warga negara ini ke arah lebih baik.

“Pak Zakaria Hitam (tokoh budaya Pahang) mengumpul nama asal usul di Pahang ada dua jilid dan saya rasa semua negeri patut buat begitu.

“Selepas generasi kita ni tak kan ada siapa yang akan ingat, kita perlu buat untuk tahu siapa kita, di mana kita dan ini akan buat kita jadi warga negara yang baik,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian pada program Hati dan Minda Sasterawan di Pavilion Selangor di Pusat Dagangan Dunia sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022.

Katanya hasil pencarian itu boleh dipersembahkan secara penulisan menerusi buku serta cerpen.

PBAKL 2022 kembali dianjurkan selepas dua tahun tertangguh akibat Covid-19 dan menyasar kehadiran sehingga sejuta pengunjung selama 10 hari berlangsung.

Sebanyak 19 agensi terlibat di Pavilion Selangor seperti Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Invest Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan Tourism Selangor.


Pengarang :