Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan sijil penghargaan kepada kakitangan sempena majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlangan 2021 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 28 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

75 kakitangan PKNS terima anugerah perkhidmatan cemerlang

SHAH ALAM, 28 JULAI: Seramai 75 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) malam ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato’ Mahmud Abbas berkata anugerah itu bagi menghargai komitmen dan jasa disumbangkan kakitangan sepanjang tahun lalu.

Menurutnya pengiktirafan turut bertujuan menggalakkan warga kerja untuk terus meningkatkan mutu kerja kerana mereka adalah peneraju perubahan perbadanan terbabit.

“Anugerah ini menzahirkan penghargaan atas peranan warga kerja yang meningkatkan keberkesanan hasil kerja dalam mencapai sasaran dan menepati jangkaan pelanggan.

“Diharap warga kerja terus memberi komitmen dalam setiap tugas sekali gus menjadikan perkhidmatan PKNS kekal relevan, diyakini pelanggan serta menepati kehendak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena majlis penganugerahan itu di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini yang turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dalam majlis sama, seramai 24 pesara dan 49 anggota lama turut diraikan atas khidmat bakti sepanjang tempoh perkhidmatan menjangkau tiga dekad.

Penerima APC membawa pulang sijil penghargaan dan wang tunai RM1,000, manakala Anugerah Jasamu Dikenang memperoleh medallion, sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasional (BSN) serta sinil penghargaan.

Pesara pula menerima medallion emas, sijil simpanan premium BSN, jam tangan untuk pasangan serta sijil penghargaan.


Pengarang :