Antara penduduk DUN Ijok yang menerima bakul makanan dan daging korban sempena Aidiladha pada 11 Julai 2022. Foto Facebook Pusat Khidmat Dun Ijok
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Aidiladha: 100 penduduk Ijok terima bantuan makanan, daging korban

SHAH ALAM, 12 JULAI: Sebanyak 100 bakul makanan diagih kepada golongan berpendapatan rendah sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok semalam.

Wakil rakyat Dr Idris Ahmad berkata bantuan sempena Aidiladha itu bertujuan meringankan beban perbelanjaan untuk Raya Haji.

“Bakul berisi makanan kering antaranya beras, minyak, gula, susu dan biskut selain bawang dan kentang yang bernilai RM120,” katanya.

Beliau berkata pihaknya turut mengagihkan daging korban kepada penerima berkenaan.

“Tahun ini kita sembelih empat ekor lembu dan 10 ekor kambing hasil sumbangan Kerajaan Negeri, pusat khidmat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Pada Jun, Dato’ Menteri Besar memaklumkan sebanyak 660 ekor lembu dan 1,000 ekor kambing bernilai RM5.05 juta diagihkan untuk ibadah korban tahun ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sumbangan diperoleh daripada anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan pelbagai agensi lain.


Pengarang :