Orang ramai membeli barang keperluan harian seperti minyak masak paket dan telur ayam ketika tinjauan di Seksyen 15 Shah Alam pada 1 Julai 2022. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Anwar: Dasar tangani harga barang berkesan dalam 22 bulan HARAPAN perintah (VIDEO)

SHAH ALAM, 8 JULAI: Sebahagian dasar Pakatan Harapan (HARAPAN) sepanjang 22 bulan memerintah negara termasuk kos sara hidup jauh lebih berkesan berbanding pentadbiran masa kini.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa isu melibatkan sensitiviti orang Melayu perlu diperjelas dengan jitu sebelum usaha tersebut dilaksanakan.

“Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum (Icerd) kalau kita hendak lakukan, kena jelaskan kerana Melayu anggap ini sebagai satu hal yang menekan Islam dan hak keistimewaan,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Media Selangor.

Wawancara tersebut akan disiarkan secara bersiri mulai 13 hingga 15 Julai di portal Selangorkini dan YouTube Selangor TV. Temu bual tersebut juga dimuatkan dalam akhbar edisi 14-20 Julai.

Anwar turut mengupas pelbagai isu semasa antaranya pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), kenaikan harga makanan, kerjasama pembangkang dalam pilihan raya umum dan Rang Undang-undang Antilompat parti.


Pengarang :