Ahli Dewan Negeri Kinrara, Ng Sze Han bercakap kepada media ketika sidang media projek pembinaan laluan baharu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Puchong Jaya, Subang Jaya pada 13 Mei 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

EXCO: Rancangan Selangor Satu diatur rapi, agenda penting kemajuan negeri

SUBANG JAYA, 15 JULAI: Rancangan Selangor Satu (RS-1) yang bakal dibentangkan pada bulan ini merupakan agenda penting dalam pembangunan negeri, kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berkata RS-1 dirancang demi pembangunan mampan yang memberi manfaat kepada semua pihak serta hala tuju yang ingin dicapai demi kelestarian negeri.

“Pelaksanaan RS-1 diatur rapi, banyak isu akan dibahas. Contohnya apabila melibatkan infrastruktur, penglibatan agensi kerajaan sahaja tidak cukup sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak termasuk penduduk.

“Penglibatan semua pihak dalam RS-1 ini penting dalam memastikan segala perancangan untuk Selangor dapat dilaksanakan,” katanya ditemui selepas meninjau jalan baharu di Jalan Kinrara 6, di sini.

Minggu lalu, Dato’ Menteri Besar hadir melancarkan Majlis Simposium Prapelancaran RS-1 2021-2025 bertempat di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan RS-1 memfokuskan empat prinsip utama merangkumi ekonomi, sosial, kelestarian dan tadbir urus bagi menjayakan agenda Negeri Pintar menjelang 2025.

Menurut beliau, kerangka jelas berkenaan RS-1 akan dimaklumkan ketika pelancarannya pada 25 Julai ini sempena pembukaan sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).


Pengarang :