SHAH ALAM, 9 JULAI: Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara semalam mencatat kes di bawah 4,000 dengan 3,598 kes berbanding 4,020 kelmarin.
Menerusi laman sesawang CovidNow, Kementerian Kesihatan memaklumkan 3,593 kes daripada jumlah tersebut adalah penularan tempatan dan enam kes import serta menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 4,589,911 kes.
Selangor mencatat kes tertinggi iaitu 1,261 diikuti Kuala Lumpur (1,083) manakala negeri mencatat kes tiga angka ialah Perak (275), Negeri Sembilan (198), Sabah (176) dan Pulau Pinang (121).
CovidNow melaporkan sebanyak enam kematian dicatat akibat Covid-19 dengan dua daripadanya kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Sementara itu, kes sembuh merekodkan sebanyak 2,224 menjadikan jumlah keseluruhan ialah 4,518,912 kes.