Lapan deretan kedai dua tingkat di Jalan Menteri, Sabak Bernam musnah dalam kebakaran pada 18 Julai 2022. Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor
AGENDANASIONAL

Lapan deretan kedai musnah terbakar di Sabak Bernam

SHAH ALAM, 19 JULAI: Lapan deretan kedai dua tingkat di Jalan Menteri, Sabak Bernam musnah dalam kebakaran lewat malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 11.56 malam dan seramai 34 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

“Anggota terlibat adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam, BBP Sungai Besar, BBP Sekinchan, BBP Hutan Melintang termasuk bomba sukarela.

“Kebakaran berjaya dikawal jam 1.31 pagi Selasa dan padam sepenuhnya  jam 2.10 pagi hari sama. Kejadian ini menyebabkan 90 peratus bangunan musnah,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata tiada kecederaan atau kematian akibat kejadian melibatkan empat kedai tayar, dua kedai makan dan masing-masing sebuah kedai motosikal dan kedai nombor ekor.


Pengarang :