Foto hiasan ARKIB SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Lebih RM4 juta rugi akibat pinjaman ah long sejak Januari

SHAH ALAM, 28 JULAI: Sebanyak 506 kes penipuan pinjaman wang tidak berlesen atau ah long direkodkan antara Januari hingga Jun tahun ini dengan nilai kerugian lebih RM4.28 juta.

Daripada jumlah itu, angka tertinggi dicatatkan di Johor dengan 86 kes atau 17 peratus daripada keseluruhan kes, maklum Timbalan Menteri Dalam Negeri 1.

Menurut Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, pelbagai tindakan dibuat antaranya penguatkuasaan undang-undang, pengoperasian, tangkapan dan mendakwa mereka yang terlibat.

“Sepanjang tempoh kajian Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak 744 tangkapan dibuat dan 241 pertuduhan dilaksanakan,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Ismail memaklumkan sebanyak 89,798 kes penipuan jenayah dalam talian dengan nilai kerugian hampir RM3 bilion direkodkan antara 2017 hingga Jun lalu.


Pengarang :