SHAH ALAM, 8 JULAI: Dato’ Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang mantan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe yang maut akibat ditembak pagi tadi.
Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter turut menyampaikan ucapan sama kepada rakyat Jepun dan warganya yang tinggal di Selangor atas pemergian itu.
“Takziah kepada keluarga Abe, rakyat Jepun serta warga Jepun yang tinggal di Selangor atas pemergian pada waktu sukar selepas mendiang menjadi mangsa tindakan keganasan yang mengejutkan awal hari ini,” tulisnya.
Kematian Abe, 67, disahkan oleh agensi berita NHK World News sebentar tadi menerusi Twitter.
Abe dilaporkan ditembak dari belakang, berkemungkinan dengan senapang patah ketika berucap di bandar raya Nara, barat Jepun pagi tadi.
Mendiang merupakan perdana menteri Jepun paling lama berkhidmat, memegang jawatan pada 2006 selama setahun dan sekali lagi dari 2012 hingga 2020.
[Breaking News] Officials say former Japanese Prime Minister #Abe Shinzo has been confirmed #dead. He was reportedly #shot during a speech on Friday in the city of #Nara, near Kyoto.https://t.co/bZpiKm8wIN
— NHK WORLD News (@NHKWORLD_News) July 8, 2022