Foto Facebook Buletin TV3
AGENDANASIONAL

MB ucap takziah pemergian mantan wakil rakyat Batu Pahat

SHAH ALAM, 21 JULAI: Dato’ Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Mohd Idris Jusi atas pemergian mantan ahli Parlimen Batu Pahat itu hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Inalillahwainailaihirajiun. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Datuk Mohd Idris Jusi, mantan Ahli Parlimen Batu Pahat dari KEADILAN yang meninggal dunia hari ini.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman,” katanya menerusi Twitter.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Mohd Idris yang bertanding atas tiket Parti Keadilan  Rakyat (KEADILAN) mememenangi kerusi Parlimen Batu Pahat selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Puad Zarkashi.


Pengarang :