Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap dalam Ceramah Jelajah Harapan Selangor di Dewan Serbaguna MPAJ, Hulu Kelang pada 30 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Selangor laksana lebih 40 program kebajikan rakyat, bukti HARAPAN mampu mentadbir

HULU KELANG,30 JULAI: Pakatan Harapan (HARAPAN) di Selangor sentiasa menitikberatkan isu melibatkan rakyat sejak mentadbir negeri ini pada 2008, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pada awal pemerintahan, kira-kira tujuh program dianjurkan untuk merakyatkan ekonomi penduduk, kemudian ditingkatkan kepada 37 program menerusi Inisiatif Peduli Rakyat.

“Di bawah HARAPAN, kita bukan kurangkan tetapi tambah kepada 44 program di bawah Selangor Penyayang. Daripada bayi lahir, kesihatan rakyat, masuk tadika dan universiti, tiada sesiapa tertinggal.

“Kita mahu jadi negeri yang memberi kesan kepada kesabaran dan kasih sayang. Itu adalah cita-cita menjadi Selangor negeri penyayang dan sebab itu ramai datang serta mencari rezeki di sini,” katanya.

Beliau berucap pada Ceramah Jelajah HARAPAN Selangor di Dewan Serbaguna MPAJ, Jalan AU5 Lembah Keramat di sini, malam tadi.

Tambah Amirudin, pihaknya bukan hendak mendabik dada dengan kemampuan mentadbir tetapi masih berusaha memperbaiki prestasi demi rakyat.

“Contohnya isu membaiki pili air kita perlu baiki demi rakyat. Kita perbaiki kesilapan supaya boleh bawa kebaikan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.


Pengarang :