Sukarelawan Team Selangor mengagihkan barangan keperluan asas ketika majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa banjir menerusi Misi Selangor Penyayang 2.0 di Surau An Nur Taman Mesra Kupang, Baling, Kedah pada 21 Julai 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Sukarelawan Team Selangor bantu bersih rumah mangsa bah di Baling

BALING, 23 JULAI: Team Selangor menggerakkan 55 sukarelawan ke daerah yang terbabit banjir bagi membantu membersihkan kawasan luar kediaman mangsa.

Ketua Sekretariatnya Syahaizel Keman berkata kesemua sukarelawanakan berada di sini selama dua hari sehingga hari ini untuk membantu penduduk membersihkan bahagian luar kediaman.

“Sukarelawan ini datang bukan untuk mencuci rumah tetapi lebih kepada pembersihan kawasan luar rumah dan mengangkat barang-barang penduduk yang rosak.

“Sukarelawan akan menaiki bas dan trak pikap serta membawa beberapa keperluan bagi memudahkan mengangkat barangan,” katanya kepada Selangorkini.

Terdahulu, konvoi Misi Selangor Penyayang melibatkan 263 individu dari pelbagai agensi termasuk ahli Sukarelawan Selangor (Serve) ke Baling bagi membantu kerja pascabah.

Turut menyertai misi itu 40 sukarelawan Team Selangor bagi membantu mangsa banjir di Baling membersihkan rumah.

Misi itu membawa 33 jentera dan 112 alatan dibawa bagi menjayakan operasi bantuan itu meliputi pacuan empat roda (4×4), van dan lori Roll on Roll Off (RoRo) dan lori tipper.


Pengarang :