Orang ramai mendapatkan barangan asas melalui karnival Jualan Ehsan anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sempena Aidiladha di Jalan Kantan 2, Bukit Beruntung, Hulu Selangor pada 6 Julai 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

2,000 pek minyak masak terjual dalam tempoh tiga jam di Dataran Pantai Batu Laut

SHAH ALAM, 30 OGOS: Sebanyak 2,000 pek minyak masak terjual dalam tempoh tiga jam pada Program Jualan Mega Merdeka di Dataran Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat, pada Ahad.

Pencapaian itu sekali gus memecahkan rekod sebagai jualan terlaris sepanjang penganjuran program oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sejak Disember tahun lalu.

PKPS memaklumkan selain minyak masak yang dijual pada harga RM0.50 sekilogram, barangan lain yang turut mendapat perhatian adalah ayam, telur, dan beras.

Menurut perbadanan itu, pihaknya menerima lebih 700 pengunjung dengan hasil jualan berjumlah RM48,000 dalam tempoh lima jam program itu berlangsung.

Sementara itu, PKPS berkata, kira-kira 250 pengunjung membanjiri program Jualan Prihatin Rakyat di Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras, Sabtu lalu.

Antara barangan asas yang dijual adalah ayam RM15 seekor, minyak masak (RM2.50 sekilogram), telur ayam gred B (RM12.50 sepapan), daging (RM36 per pek), sayur dan buah-buahan (harga dari ladang) serta ikan (RM10 per pek).


Pengarang :