Pengerusi bersama Jawatankuasa Khas Agama Budha Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (Limas) V Ganabathirau (tengah) menyerahkan cek kepada wakil pengurusan kuil di bilik gerakan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES), Shah Alam pada 19 Ogos 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Bantuan kewangan, kuil diminta rujuk jawatankuasa jika hadapi masalah

SHAH ALAM, 19 OGOS: Pengurusan kuil yang berdepan masalah permohonan bantuan kewangan diminta menghubungi Jawatankuasa Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (Limas).

Pengerusi bersama Limas V Ganabatirau berkata tahun ini permohonan dibuat secara dalam talian menyebabkan jumlah memohon kurang berbanding tahun sebelumnya.

“Mereka berdepan dengan kekangan teknologi dan beberapa masalah lain. Jadi kita minta mereka hubungi pihak kami atau datang ke pejabat.

“Kakitangan akan membantu mereka isi permohonan supaya lengkap dan layak menerima bantuan. Permohonan lengkap penting untuk elak masalah kemudian hari,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyerahkan bantuan kepada 71 wakil pengurusan kuil membabitkan peruntukan berjumlah RM670,000, hari ini.

Bermula 1 Mac, permohonan bantuan dibuka dan perlu dibuat menerusi laman sesawang limas.selangor.gov.my.

Pada Mei, Dato’ Teng Chang Khim yang juga jawatankuasa Limas memaklumkan kaedah itu memudahkan serta mempercepatkan proses permohonan bantuan kewangan.


Pengarang :