Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan air laut turut bergelora. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Enam daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan hingga 6 petang

SHAH ALAM, 23 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan enam daerah di Selangor sehingga 6 petang ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan itu dijangka berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling serta seluruh Kuala Lumpur, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Labuan.

Manakala negeri lain, Perak meliputi Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Bagan Datuk dan Hilir Perak; Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin), Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol) serta Johor (Segamat, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Di Sarawak pula Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Tawau (Kunak dan Lahat Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :