Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika melancarkan Duta Perpaduan Selangor dan Muzik Video Lagu #Kitakanselangor di Wyndham Acmar, Klang pada 30 Ogos 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Enam juta rakyat Selangor dapat perlindungan insurans RM10,000

SHAH ALAM, 30 OGOS: Enam juta rakyat Selangor bakal menerima perlindungan insurans am berkumpulan dengan kos premium ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.

Ditawarkan buat penduduk dari usia 30 hari ke 80 tahun, inisiatif Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) bagi membantu meringankan beban mereka yang dihimpit masalah.

Menurut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, setiap individu akan menerima perlindungan RM10,000 untuk kematian, kemalangan dan kecederaan mengikut jenis.

“Dengan perlindungan ini, hanya dua syarat yang perlu dipenuhi iaitu lahir di Selangor atau menjadi pengundi di Selangor. Salah satu daripada syarat ini dipenuhi, saudara layak dilindungi.

“(Usaha ini) demi menjamin kehidupan bermartabat, harga diri dan nyawa rakyat Selangor dengan nilai gantian bagi setiap kehilangan nyawa akibat kemalangan,” katanya pada sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam ini.

Beliau memaklumkan skim dengan nilai perlindungan RM60 bilion boleh didaftar mulai 1 Oktober ini.

 


Pengarang :