Pemohon Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) menggunakan kemudahan Kiosk MyOnline Passport yang disediakan Jabatan Imigresen Selangor selepas perasmiannya di Pejabat Imigresen UTC Selangor, di Anggerik Mall, Shah Alam pada 15 Ogos 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Lelaki lapor polis selepas bertekak dengan pegawai imigresen

SHAH ALAM, 20 OGOS: Seorang lelaki membuat laporan polis selepas ‘berperang mulut’ dengan petugas kaunter di Pejabat Imigresen Kuala Selangor.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata lelaki terbabit membuat laporan di Balai Polis Sri Muda di sini, lapor The Star.

“Siasatan mendapati tiada unsur jenayah. Pengadu membuat laporan selepas berasa kurang senang dengan layanan petugas kaunter.

“Laporan itu dirujuk kepada Jabatan Imigresen Selangor untuk siasatan dalaman mereka,” katanya.

Sebelum ini tular video di TikTok berhubung kejadian yang dirakam pada 10 Ogos lalu menunjukkan seorang lelaki bertekak dengan pegawai imigresen.

Pengadu dipercayai tidak berpuas hati dengan kelewatan proses pembaharuan pasport selain tidak dapat menerima jawapan pegawai berkenaan.


Pengarang :