Petugas Lembaga Zakat Selangor (LZS) ditemani NGO Kekasih dan penolong amil kariah ketika kunjungan ke rumah Hayati Ahmad Kusairi di Sabak Bernam baru-baru ini. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

LZS ziarah asnaf terlantar, tambah bantuan sedia ada

SHAH ALAM, 19 OGOS: Seorang ibu tunggal yang terlantar sakit akibat dijangkiti Covid-19 selain menghidap semput di Sabak Bernam menerima kunjungan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Menurut agensi di Facebook, pihaknya akan menambah bentuk bantuan terhadap Hayati Ahmad Kusairi yang sebelum ini menerima bantuan hari raya dan pendidikan.

“Hasil semakan dan siasatan dijalankan, bantuan perubatan berkala akan disalurkan termasuk susu khas, pampers, serta bantuan asasi kewangan bulanan dan makanan bulanan,” tulisnya.

Kunjungan itu turut disertai oleh badan bukan kerajaan (NGO) Kekasih dan penolong amil kariah yang menyalurkan maklumat berkenaan wanita terbabit.

Tambah LZS, pihaknya juga terharu melihat pengorbanan anak Hayati yang meninggalkan kerjaya di bandar untuk pulang menjaga ibunya yang terlantar di kampung.


Pengarang :