Ketua Pegawai Operasi Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) Mohd Helmi Dato’ Mohd Yusof (tiga, kanan) menyampaikan plakad PLATS kepada Pengerusi Pasar Borneo Nelson Entap Engin disaksikan isteri Dato’ Menteri Besar, Datin Seri Masdiana Muhamad pada program ‘Walkabout’ PLATS ke Pasar Budaya Borneo Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di Seri Kembangan, Subang Jaya pada 20 Ogos 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Peniaga pasar Borneo MBSJ terima tawaran PLATS, data internet

SUBANG JAYA, 20 OGOS: Seramai 54 peniaga Pasar Budaya Borneo Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di Seri Kembangan menerima tawaran Platform Selangor (PLATS).

Yang dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) juga mengagihkan kad modul pengenalan pelanggan (SIM) Data Internet Selangor bagi memudahkan mereka berurusan menerusi platform berkenaan.

Datin Seri Masdiana Muhamad berkata PLATS bakal membantu peniaga meluaskan perniagaan masing-masing sekali gus meningkatkan sumber ekonomi keluarga.

“Platform digital ini mampu membangunkan ekonomi peniaga kecil terutama yang terkesan teruk akibat penularan Covid-19.

“Jadi kita sarankan kepada semua peniaga di Selangor memanfaatkan usaha Kerajaan Negeri ini supaya peniagaan mereka terus berkembang,” katanya.

Beliau berucap pada program ‘walkabout’ PLATS ke pasar berkenaan hari ini. Turut hadir Timbalan Datuk Bandar MBSJ Mohd Zulkurnain Che Ali serta Ahli Dewan Negeri Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah.

PLATS diperkenal Ramadan dua tahun lepas bagi melengkapkan ekosistem Agenda Digitalisasi Selangor menerusi platform digital susulan penularan wabak Covid-19.

Setakat ini, platform maya berkenaan disertai 14,470 peniaga dengan kira-kira 10,000 mendaftar tahun lalu.

Individu berminat menyertai platform berkenaan boleh mendaftar menerusi laman sesawang http://www.platselangor.com.


Pengarang :