Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas pada harga murah sempena Karnival Jualan Ehsan di Taman Perwira, Sijangkang, Kuala Langat pada 5 Julai 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Peruntukan RM10 juta teruskan jualan murah hingga akhir tahun

SHAH ALAM, 30 OGOS: Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk meneruskan program Jelajah Jualan Ehsan Rakyat Selangor mulai 31 Ogos hingga 31 Disember ini.

Dato’ Menteri Besar berkata program jualan murah itu akan diadakan di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berfasa yang menumpukan enam jenis barangan asas.

“Program ini memfokuskan enam jenis barangan asas iaitu ayam, daging, ikan, telur, beras, minyak masak dengan harga lebih murah dari pasaran,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau mengumumkan perkara terbabit ketika sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam ini.

Program kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor bagi membantu rakyat berdepan kenaikan harga barang memanfaatkan lebih 80,000 orang sejak diperkenal Disember tahun lalu.


Pengarang :