Sebahagian peserta program rawatan kecantikan muka anjuran Team Selangor dengan kerjasama Pusat Kecantikan Cantik Hania. Foto Team Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

30 penduduk Kuala Selangor sertai program rawatan kecantikan Team Selangor

SHAH ALAM, 3 SEPT: Seramai 30 penduduk Kuala Selangor menyertai program rawatan muka anjuran Team Selangor pada 21 Ogos lalu.

Ketua Sekretariatnya Syahaizel Keman berkata program dengan kerjasama Pusat Kecantikan Cantik Hania itu terbuka kepada wanita berusia 18 hingga 35 tahun.

Menurut beliau program jangka pendek itu diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik rawatan kecantikan muka memandangkan industri kecantikan semakin mendapat sambutan.

“Golongan wanita masa kini sudah mula untuk mengunjungi ke Spa kecantikan bagi mengekalkan kecantikan dan kesihatan mereka. Industri ini kian mendapat sambutan.

“Para peserta yang hadir tekun dan bersemangat menimba ilmu daripada pebimbing program,”katanya ketika dihubungi.

Tambah Syahaize, program yang sebelum ini dijalankan bersama Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) di Paya Jaras akan diteruskan ke lokasi lain.

“Program ini adalah penganjuran kali kedua yang sebelum ini dijalankan bersama STDC untuk kumpulan wanita Paya Jaras.

“Disebabkan penerimaan positif daripada komuniti, Team Selangor berhasrat untuk meneruskan program ini di kawasan Ijok dan Tanjong Karang,”katanya.


Pengarang :