SHAH ALAM, 4 SEPT: Sebanyak 2,240 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan di negara ini semalam, sedikit menurun berbanding 2,328 kes sehari sebelumnya.
Laman sesawang COVIDNOW melaporkan daripada jumlah itu empat adalah kes luar negara menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak ialah 4,751,459 kes.
Menerusi perkongsian data itu juga sebanyak sembilan kematian dilaporkan yang mana dua daripadanya kematian di luar hospital.
Sejumlah 1,305 pesakit menerima rawatan hospital manakala 75 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 18 lagi di pusat kuarantin sementara.
Setakat ini sebanyak 36,243 kematian keseluruhan dan 4,723,112 kes sembuh.