ADN Sekinchan Ng Suee Lim (tengah) bergambar bersama penerima selepas menyampaikan sumbangan bantuan kepada wakil penduduk sempena Majlis Penyampaian Bantuan Khas Bencana Banjir DUN Sekinchan di Dewan Seri Sekinchan, Sabak Bernam pada 13 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Lebih 500 mangsa banjir Sekinchan terima bantuan RM300

SABAK BERNAM, 13 SEPT: Seramai 515 mangsa banjir yang melanda Sekinchan pada Mei lalu masing-masing menerima bantuan sebanyak RM300 hari ini.

Wakil rakyat Ng Suee Lim berkata peruntukan berjumlah RM104,000 merupakan sumbangan Kerajaan Negeri manakala Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memberi sebanyak RM50,800.

“Bantuan ini diberikan kepada mangsa kejadian banjir yang berlaku pada 25 Mei lepas merangkumi 415 adalah keluarga manakala 100 lagi adalah peniaga.

ADN Sekinchan Ng Suee Lim (kanan) menerima cek cura sebanyak RM50,800 yang disumbangkan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI ketika Majlis Penyampaian Bantuan Khas Bencana Banjir DUN Sekinchan di Dewan Seri Sekinchan, Sabak Bernam pada 13 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Kalau ikut pekeliling tabung bantuan bencana banjir, hanya penduduk kediaman sahaja layak menerima bantuan tetapi saya minta bantuan Dato’ Menteri Besar dan MBI bantu 100 peniaga ini serta tambahan RM50 bagi setiap mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Bantuan Khas Bencana Banjir di Dewan Seri Sekinchan di sini.

Suee Lim menambah kejadian itu berlaku susulan hujan lebat antara 11 pagi hingga 2 petang ditambah fenomena air pasang besar sehingga rumah mangsa dinaiki air hampir setengah meter.


Pengarang :