SHAH ALAM, 12 SEPT: Seramai 25 pelajar menerima tajaan RM20,000 daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI bagi mengikuti Kem Cuti Sekolah Artman di Kajang sempena cuti penggal persekolahan.
Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Ahmad Azri Zainal Nor berkata peserta dalam kalangan anak asnaf dan beberapa anak kakitangan agensi berkenaan didedahkan dengan pelbagai kegiatan termasuklah pertanian, perikanan dan perladangan sepanjang kem enam hari lima malam.
“Kemudahan di sana lengkap jadi segala aktiviti berjalan lancar. Dalam masa sama peserta berusia lapan hingga 17 tahun itu turut diterapkan dengan program motivasi dan keagamaan,” katanya semalam.
Ahmad Azri berkata program anjuran Rumah Pengasih Warga Prihatin di Sungai Ramal, Kajang turut disertai 75 peserta lain.
“Ini merupakan pembabitkan kali pertama MBI dengan penganjur. Melihat manfaatnya yang besar, kita mungkin akan menaja lagi peserta lain pada cuti akhir tahun,” katanya.