Muhammad Aliff Aiman Mohd Hassri menyumbangkan pingat emas buat Kontinjen Negeri Selangor menerusi sukan memanah acara Compound 50 meter yang berlangsung di USIM, Nilai. Foto Facebook MSN Selangor
AGENDASUKANKINI

SUKMA: Selangor raih emas ketiga acara memanah

SHAH ALAM, 17 SEPT: Selangor meraih pingat emas ketiga Sukan Malaysia (SUKMA) menerusi Muhammad Aliff Aiman Mohd Hassri dalam acara memanah compound 50 meter.

Berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, pingat gangsa dimenangi Nik Ahmad Danial Mohd Kamarolzaman bagi acara yang sama.

Semalam Selangor meraih emas menerusi M Gogulnath dalam acara kumite kategori individu lelaki bawah 75 kilogram.

Kemenangan ini menjadikan Selangor memperoleh tiga pingat emas, 12 perak dan enam gangsa setakat ini.

Selangor menyasarkan 40 pingat emas, 40 perak dan 45 gangsa untuk edisi kali ini yang berlangsung mulai 16 hingga 24 September ini.

Seramai 490 atlet dan 75 jurulatih mengambil bahagian dalam 30 jenis sukan yang dipertandingkan dalam SUKMA ke-20.


Pengarang :